| 
Aspek KOMSAS | 
Huraian | |
| 
Tema  | 
Semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang
  mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir. | 
Leftenan Adnan dan pasukannya
  berjuang ke titisan darah terakhir semasa mempertahankan kubu di Bukit
  Candu.  Beliau sendiri telah ditangkap
  hidup-hidup oleh tentera Jepun, lalu diikat pada dahan pokok ceri dan ditikam
  bertubi-tubi dengan bayonet hingga hancur tubuhnya. | 
| 
Persoalan  | 
 | 
Pak Saidi mendidik anaak-anaknya
  tentang ilmu pengetahuan dunia dan akhirat kerana dia sedar hanya dengan ilmu
  dapat membentuk anak bangsa yang berguna walaupun menerima tentangan daripada
  orang kampung tidak setuju dengan Adnan yang dihantar ke  sekolah Inggeris. | 
| 
 | 
Leftenan Adnan tetap mematuhi
  arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir
  Panjang walaupun bilangan anggotanyanya kecil. | |
| 
 | 
Walaupun berbangsa Cina, hubungan
  Ah Chong yang mem,iliki kedai basikal dengan penduduk pekan Sungaai Ramal
  sangat erat. | |
| 
Binaan Plot | 
Permulaan  | 
Hasrat Pak Saidi menghantar Adnan
  bersekolah di sekolah Inggeris menjadi isu hangat di Kampung Sungai Ramal.  
 Ramai orang kampung seperti Lebai Pian
  terang-terangan menentang keputusan itu kerana khuatir Adnan akan
  mempengaruhi anak-anak muda di kampung itu menjadi murtad. 
Namun, Pak Saidi yang merupakan
  cucu kepada Datuk Siamang Gagap tetap teguh dengan pendiriannya menghantar
  anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan dimulakan oleh Adnan sebagai anak
  sulung. | 
| 
Perkembangan  | 
Adnan disenangi oleh guru dan
  rakan-rakanya di sekolah.  Dia sering
  mendapat tempat pertama dan menjadi johan pertandingan syarahan bahasa
  Inggeris anjuran sekolahnya.  Tamat
  persekolahan, Adnan ditawarkan menjadi guru pelatih walaupun cita-citanya
  menjadi askar berpangkat tinggi 
Setelah tamat latihan selama
  setahun di Kem Latihan Haig Lines, Adnan telah ditugaskan ke Singapura dan
  dinaikkan pangkat kepada Sarjan Adnan. Sarjan Adnan telah dipilih mewakili
  platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara
  pertabalan King George VI di London. Selepas pulang dari London, Sarjan Adnan
  mendapat perhatian pegawai atasan British lalu terpilih menjalani latihan
  kepegawaian di Singapura.  Setelah
  tamat latihan, beliau dinakkan pangkat sebagai Leftenan Muda Adnan dan
  dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni C. 
Pak Saidi telah menjodohkan Adnan
  dengan Sophia anak Pakih Muda sahabat Pak Saidi.  Setelah mempunyai dua orang anak, Mokhtar
  dan Zainuddin, Leftenan Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Pangkalan
  Tentera Pasir Panjang, Singapura.  
Pasukan Rejimen Askar Melayu
  diminta bersiap sedia menghadapi serangan musuh kerana bahang peperangan
  Dunia ke-2 mula terasa.  Leftenan Adnan
  telah menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke Kampung Sungai Ramal untuk
  keselamatan mereka. Tentera Jepun terus menyerang kubu pertahanan Askar Melayu
  di bukit Candu dengan mortar dan meriam. 
  Pertahanan Askar Melayu semakin meruncing kerana terus diasak.  Leftenan Adnan bersama dengan anggotanya
  terus menentang tentera Jepun yang semakin mengganas membuat serangan.  Walaupun mengetahui peluang mereka untuk
  menang kian tipis, namun Leftenan Adnan tetap meniupkan semangat perjuangan
  hingga ke titisan darah terakhir kepada anggota pasukannya. Setelah beberapa
  jam bertempur, pasukan Askar Melayu kehabisan peluru dan anggota tenteranya
  semakin sedikit berbanding tentera Jepun. Semakin ramai Askar Melayu yang
  terkorban seperti Prebet Nasir dan Sarjan Hassan. Semasa tentera sudah
  memasuki kubu pertahanan, Leftenan menikam satu persatu tentera Jepun dengan
  bayonetnya.  Tiba-tiba Leftenan Adnan
  bagaikan terasa ntikaman menusuk ke tepi perut dan bahagian belakangnya,
  walaupun kesakitan beliau terus mengumpulkan segala kekuatannya yang masih
  ada menerpa ke arah tentera Jepun.   | |
| 
Puncak / klimaks | 
Tentera Jepun menyerbu masuk ke
  dalam kubu pertahanan dan menangkap Leftenan Adnan hidup-hidup. Pertempuran
  berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Tentera Jepun. Semua anggota
  pasukan Askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob yang
  berpura-pura mati di sisi rakannya yang terkorban.  Tentera Jepun memeriksa mayat yang
  bergelimpangan dan menikam satu demi satu mayat yang sudah terbujur kaku itu.
  Tubuh Leftenan Adnan diheret ke hadapan Leftenan Renya Mutugachi lalu
  ditumbuk dan ditendang hingga pengsan. 
  Kemudian beliau diikat kejam pada dahan pokok ceri dan dengan
  kemarahan yang teramat sangat, Leftenan Renya menghayun bayonet sekuat hati
  merodok perut Leftenan Adnan hingga membaw kematiannya wira bangsa itu.  Lalu seorang demi seorang tentera Jepun
  menikam tubuh pejuang Melayu itu hingga tubuhnya berkecai. 
Kekalahan Askar Melayu di bukit
  Candu menjadikan British di ambang kekalahan. 
  Setelah berjaya menakluki Tanah Melayu, Jeneral Yamashita tidak dapat
  melupakan peristiwa pertempuran di bukit Candu yang menyebabkan adiknya
  sendiri terkorban ditikam oleh Leftenan Adnan.Jeneral Yamashita telah
  mengarahkan Leftenan Renya mencari dan memburu keluarga Leftenan Adnan di
  Kampung Sungai Ramal.  Pak Saidi telah
  ditangkap tetapi dia berjaya membunuh beberapa tentera Jepun dengan keris
  pusakanya sebelum dia ditembak mati. 
  Penduduk kampung hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
  pemerintahan Jepun.  Anak Sopjia
  sendiri, Fatimah yang berusia tujuh bulan meninggal dunia kerana demam panas. | |
| 
Peleraian  | 
Sophia telah ditawarkan semula
  mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal yang telah dibuka selepas
  kekalahan pihak Jepun dan British memerintah semula di Tanah Melayu. 
Ustaz Ridwan melamar Sophia
  menjadi isterinya dan mereka berpindah ke Melaka.  Sophia disahkan menghidap leukimia dan
  meninggal dunia selepas empat tahun pemergian suaminya Leftenan Adnan. | |
| 
Watak dan perwatakan  | 
Watak utama : Leftenan
  Adnan bin Saidi 
Perwatakan : 
i) Seorang yang
  bercita-cita tinggi 
ii) Cinta akan tanah air | 
Sejak kecik, Adnan bercita-cita
  menjadi askar berpangkat tinggi.  Dia
  selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. 
Leftenan Adnan sanggup dihantar
  bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak isterinya
  kerana dia sedar tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk mempertahankan
  tanah air melalui Rejimen Askar Melayu. | 
| 
Watak Sampingan : Pak
  Saidi 
Perwatakan : 
i)Seorang yang tegas 
i)     Seorang yang berpandangan jauh | 
Penentangan orang kampung seperti
  Lebai Pian yang tidak bersetuju Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah
  Inggeris tidak mengubah pendiriannya. 
Walaupun Pak Saidi tidak
  berpelajaran, namun dia berpandangan jauh dan mempunyai wawasan dalam
  mendidik anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah Inggeris. | |
| 
Nilai | 
1.Bertanggungjawab 
2.Ketegasan  
3.Ketaatan | 
Adnan bertanggungjawab menjaga
  keselamatan isteri dan anak-anaknya dengan menghantar mereka pulang ke
  kampung setelah berita serangan oleh tentera Jepun. 
Leftenan Adnan dengan tegas
  mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan
  kubu dalam masa 24 jam kerana tentera Jepun akan menyerang bila-bila masa. 
Leftenan Adnan tetap mematuhi
  arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir
  Panjang walaupun bilangan anggota pasukannya kecil.  | 
| 
Pengajaran  | 
1.Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah
  diamanahkan. 
2.Kita hendaklah tegas dengan tindakan atau pendirian
  yang telah kita buat. 
3.Kita mestilah patuh arahan daripada pihak atasan. | 
i)             
  Sebagai ketua yang
  bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya
  bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang
  musuh. 
ii)            
  Pak Saidi tetap dengan
  pendiriannya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia mempunyai
  pandangan yang tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya walaupun ditentang
  oelh penduduk kampung. 
iii)           
  Sebagai seorang askar,
  Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan untuk mempertahankan
  pangkalan tentera di Bukit Candu dan Pasir Panjang.  | 
| 
Latar Masyarakat | 
 
 
 | 
Leftenan Adnan cinta akan air
  dengan berani mempertahankan negara daripada serangan tentera Jepun walaupun
  anggota pasukannya di Bukit Candu kecil bilangannya. 
Pak Saidi mampu membunuh beberapa
  askar Jepun sebelum mati ditembak hanya dengan menggunakan keris pusakanya. 
Leftenan Adnan sanggup berkorban
  mempertahankan negara tanpa menyerah kalah hingga titisan darah terakhir
  menggunakan bayonet setelah semua peluru habis ketika serangan hebat tentera
  Jepun di Bukit Candu, Singapura. | 
| 
Latar  Masa | 
 
 
 | 
Setiap pagi Pak Sagi mengayuh
  basikal untuk menghantar Adnan ke sekolah. Adnan bersekolah di sekolah
  Inggeris di Sungai Ramal. Setiap pagi juga Pak Saidi pergi menoreh getah
  selepas menghantar Adnan ke sekolah. 
Pak Sagi dan kaum lelaki seperti
  Nordin dan kawan-kawannya di kampung Sg Ramal berkumpul di warung kopi Pak
  Samad yang terletak di persimpangan kampung pada waktu petang. 
Kompeni C
  menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu | 
| 
Latar Tempat | 
 
 
 | 
Adnan dan Mamat telah pergi ke kem
  Latihan Haig Lines di Port Dickson untuk pemilihan sebagai Askar Melayu.  Di kem ini, Adnan dan Mamat menjalani
  latihan ketenteraan. 
Pak Saidi dan Mak Milah tinggal di
  Kampung Sungai Ramal bersama-sama tiga orang anaknya Adnan, Ahmad dan
  Amarullah. 
Beberapa orang tentera British
  telah datang menemui Tok Ketua di rumahnya untuk memaklumkan tentang
  penubuhan Askar Melayu serta mencari anak-anak muda kampung yang berminat
  untuk menjadi askar. | 
Monday, March 19, 2018
Nota Novel Tingkatan 4 (Leftenan Adnan Wira Bangsa)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nota Novel Tingkatan 5 (Tirani)
1. NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...
 
- 
1. NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...
- 
1. NOVEL TINGKATAN 4 ( LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA) Aspek KOMSAS Huraian Tema Semangat cinta akan tan...
- 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dalam entry pertama saya ini,suka untuk saya menc...

 
 
 
 
hahahahahaha
ReplyDeletehAHahhhaaahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
ReplyDeletejeng you pi belajar jeng
DeletePi belajar taqi
Deletepala ban* kau glk2
DeleteBelajar la adik adik
DeleteBaik cikgu
Deletecikgu pi belajar
DeleteWow
ReplyDeletehahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleteTq sangat membantu untuk saya ...
ReplyDeletemantap tq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteapa?gak senang? by1 dek!
ReplyDeleteopen
Deleteui
ReplyDelete