Aspek KOMSAS
|
Huraian
|
|
Tema
|
Semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang
mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
|
Leftenan Adnan dan pasukannya
berjuang ke titisan darah terakhir semasa mempertahankan kubu di Bukit
Candu. Beliau sendiri telah ditangkap
hidup-hidup oleh tentera Jepun, lalu diikat pada dahan pokok ceri dan ditikam
bertubi-tubi dengan bayonet hingga hancur tubuhnya.
|
Persoalan
|
|
Pak Saidi mendidik anaak-anaknya
tentang ilmu pengetahuan dunia dan akhirat kerana dia sedar hanya dengan ilmu
dapat membentuk anak bangsa yang berguna walaupun menerima tentangan daripada
orang kampung tidak setuju dengan Adnan yang dihantar ke sekolah Inggeris.
|
|
Leftenan Adnan tetap mematuhi
arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir
Panjang walaupun bilangan anggotanyanya kecil.
|
|
|
Walaupun berbangsa Cina, hubungan
Ah Chong yang mem,iliki kedai basikal dengan penduduk pekan Sungaai Ramal
sangat erat.
|
|
Binaan Plot
|
Permulaan
|
Hasrat Pak Saidi menghantar Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris menjadi isu hangat di Kampung Sungai Ramal.
Ramai orang kampung seperti Lebai Pian
terang-terangan menentang keputusan itu kerana khuatir Adnan akan
mempengaruhi anak-anak muda di kampung itu menjadi murtad.
Namun, Pak Saidi yang merupakan
cucu kepada Datuk Siamang Gagap tetap teguh dengan pendiriannya menghantar
anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan dimulakan oleh Adnan sebagai anak
sulung.
|
Perkembangan
|
Adnan disenangi oleh guru dan
rakan-rakanya di sekolah. Dia sering
mendapat tempat pertama dan menjadi johan pertandingan syarahan bahasa
Inggeris anjuran sekolahnya. Tamat
persekolahan, Adnan ditawarkan menjadi guru pelatih walaupun cita-citanya
menjadi askar berpangkat tinggi
Setelah tamat latihan selama
setahun di Kem Latihan Haig Lines, Adnan telah ditugaskan ke Singapura dan
dinaikkan pangkat kepada Sarjan Adnan. Sarjan Adnan telah dipilih mewakili
platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara
pertabalan King George VI di London. Selepas pulang dari London, Sarjan Adnan
mendapat perhatian pegawai atasan British lalu terpilih menjalani latihan
kepegawaian di Singapura. Setelah
tamat latihan, beliau dinakkan pangkat sebagai Leftenan Muda Adnan dan
dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni C.
Pak Saidi telah menjodohkan Adnan
dengan Sophia anak Pakih Muda sahabat Pak Saidi. Setelah mempunyai dua orang anak, Mokhtar
dan Zainuddin, Leftenan Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Pangkalan
Tentera Pasir Panjang, Singapura.
Pasukan Rejimen Askar Melayu
diminta bersiap sedia menghadapi serangan musuh kerana bahang peperangan
Dunia ke-2 mula terasa. Leftenan Adnan
telah menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke Kampung Sungai Ramal untuk
keselamatan mereka. Tentera Jepun terus menyerang kubu pertahanan Askar Melayu
di bukit Candu dengan mortar dan meriam.
Pertahanan Askar Melayu semakin meruncing kerana terus diasak. Leftenan Adnan bersama dengan anggotanya
terus menentang tentera Jepun yang semakin mengganas membuat serangan. Walaupun mengetahui peluang mereka untuk
menang kian tipis, namun Leftenan Adnan tetap meniupkan semangat perjuangan
hingga ke titisan darah terakhir kepada anggota pasukannya. Setelah beberapa
jam bertempur, pasukan Askar Melayu kehabisan peluru dan anggota tenteranya
semakin sedikit berbanding tentera Jepun. Semakin ramai Askar Melayu yang
terkorban seperti Prebet Nasir dan Sarjan Hassan. Semasa tentera sudah
memasuki kubu pertahanan, Leftenan menikam satu persatu tentera Jepun dengan
bayonetnya. Tiba-tiba Leftenan Adnan
bagaikan terasa ntikaman menusuk ke tepi perut dan bahagian belakangnya,
walaupun kesakitan beliau terus mengumpulkan segala kekuatannya yang masih
ada menerpa ke arah tentera Jepun.
|
|
Puncak / klimaks
|
Tentera Jepun menyerbu masuk ke
dalam kubu pertahanan dan menangkap Leftenan Adnan hidup-hidup. Pertempuran
berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Tentera Jepun. Semua anggota
pasukan Askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob yang
berpura-pura mati di sisi rakannya yang terkorban. Tentera Jepun memeriksa mayat yang
bergelimpangan dan menikam satu demi satu mayat yang sudah terbujur kaku itu.
Tubuh Leftenan Adnan diheret ke hadapan Leftenan Renya Mutugachi lalu
ditumbuk dan ditendang hingga pengsan.
Kemudian beliau diikat kejam pada dahan pokok ceri dan dengan
kemarahan yang teramat sangat, Leftenan Renya menghayun bayonet sekuat hati
merodok perut Leftenan Adnan hingga membaw kematiannya wira bangsa itu. Lalu seorang demi seorang tentera Jepun
menikam tubuh pejuang Melayu itu hingga tubuhnya berkecai.
Kekalahan Askar Melayu di bukit
Candu menjadikan British di ambang kekalahan.
Setelah berjaya menakluki Tanah Melayu, Jeneral Yamashita tidak dapat
melupakan peristiwa pertempuran di bukit Candu yang menyebabkan adiknya
sendiri terkorban ditikam oleh Leftenan Adnan.Jeneral Yamashita telah
mengarahkan Leftenan Renya mencari dan memburu keluarga Leftenan Adnan di
Kampung Sungai Ramal. Pak Saidi telah
ditangkap tetapi dia berjaya membunuh beberapa tentera Jepun dengan keris
pusakanya sebelum dia ditembak mati.
Penduduk kampung hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Anak Sopjia
sendiri, Fatimah yang berusia tujuh bulan meninggal dunia kerana demam panas.
|
|
Peleraian
|
Sophia telah ditawarkan semula
mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal yang telah dibuka selepas
kekalahan pihak Jepun dan British memerintah semula di Tanah Melayu.
Ustaz Ridwan melamar Sophia
menjadi isterinya dan mereka berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap leukimia dan
meninggal dunia selepas empat tahun pemergian suaminya Leftenan Adnan.
|
|
Watak dan perwatakan
|
Watak utama : Leftenan
Adnan bin Saidi
Perwatakan :
i) Seorang yang
bercita-cita tinggi
ii) Cinta akan tanah air
|
Sejak kecik, Adnan bercita-cita
menjadi askar berpangkat tinggi. Dia
selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.
Leftenan Adnan sanggup dihantar
bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak isterinya
kerana dia sedar tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk mempertahankan
tanah air melalui Rejimen Askar Melayu.
|
Watak Sampingan : Pak
Saidi
Perwatakan :
i)Seorang yang tegas
i) Seorang yang berpandangan jauh
|
Penentangan orang kampung seperti
Lebai Pian yang tidak bersetuju Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris tidak mengubah pendiriannya.
Walaupun Pak Saidi tidak
berpelajaran, namun dia berpandangan jauh dan mempunyai wawasan dalam
mendidik anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah Inggeris.
|
|
Nilai
|
1.Bertanggungjawab
2.Ketegasan
3.Ketaatan
|
Adnan bertanggungjawab menjaga
keselamatan isteri dan anak-anaknya dengan menghantar mereka pulang ke
kampung setelah berita serangan oleh tentera Jepun.
Leftenan Adnan dengan tegas
mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan
kubu dalam masa 24 jam kerana tentera Jepun akan menyerang bila-bila masa.
Leftenan Adnan tetap mematuhi
arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir
Panjang walaupun bilangan anggota pasukannya kecil.
|
Pengajaran
|
1.Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan.
2.Kita hendaklah tegas dengan tindakan atau pendirian
yang telah kita buat.
3.Kita mestilah patuh arahan daripada pihak atasan.
|
i)
Sebagai ketua yang
bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya
bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang
musuh.
ii)
Pak Saidi tetap dengan
pendiriannya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia mempunyai
pandangan yang tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya walaupun ditentang
oelh penduduk kampung.
iii)
Sebagai seorang askar,
Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan untuk mempertahankan
pangkalan tentera di Bukit Candu dan Pasir Panjang.
|
Latar Masyarakat
|
|
Leftenan Adnan cinta akan air
dengan berani mempertahankan negara daripada serangan tentera Jepun walaupun
anggota pasukannya di Bukit Candu kecil bilangannya.
Pak Saidi mampu membunuh beberapa
askar Jepun sebelum mati ditembak hanya dengan menggunakan keris pusakanya.
Leftenan Adnan sanggup berkorban
mempertahankan negara tanpa menyerah kalah hingga titisan darah terakhir
menggunakan bayonet setelah semua peluru habis ketika serangan hebat tentera
Jepun di Bukit Candu, Singapura.
|
Latar Masa
|
|
Setiap pagi Pak Sagi mengayuh
basikal untuk menghantar Adnan ke sekolah. Adnan bersekolah di sekolah
Inggeris di Sungai Ramal. Setiap pagi juga Pak Saidi pergi menoreh getah
selepas menghantar Adnan ke sekolah.
Pak Sagi dan kaum lelaki seperti
Nordin dan kawan-kawannya di kampung Sg Ramal berkumpul di warung kopi Pak
Samad yang terletak di persimpangan kampung pada waktu petang.
Kompeni C
menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu
|
Latar Tempat
|
|
Adnan dan Mamat telah pergi ke kem
Latihan Haig Lines di Port Dickson untuk pemilihan sebagai Askar Melayu. Di kem ini, Adnan dan Mamat menjalani
latihan ketenteraan.
Pak Saidi dan Mak Milah tinggal di
Kampung Sungai Ramal bersama-sama tiga orang anaknya Adnan, Ahmad dan
Amarullah.
Beberapa orang tentera British
telah datang menemui Tok Ketua di rumahnya untuk memaklumkan tentang
penubuhan Askar Melayu serta mencari anak-anak muda kampung yang berminat
untuk menjadi askar.
|
Monday, March 19, 2018
Nota Novel Tingkatan 4 (Leftenan Adnan Wira Bangsa)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nota Novel Tingkatan 5 (Tirani)
1. NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...

-
1. NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...
-
1. NOVEL TINGKATAN 4 ( LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA) Aspek KOMSAS Huraian Tema Semangat cinta akan tan...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dalam entry pertama saya ini,suka untuk saya menc...
hahahahahaha
ReplyDeletehAHahhhaaahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
ReplyDeletejeng you pi belajar jeng
DeletePi belajar taqi
Deletepala ban* kau glk2
DeleteBelajar la adik adik
DeleteBaik cikgu
Deletecikgu pi belajar
DeleteWow
ReplyDeletehahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleteTq sangat membantu untuk saya ...
ReplyDeletemantap tq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteapa?gak senang? by1 dek!
ReplyDeleteopen
Deleteui
ReplyDelete