Monday, March 19, 2018

Nota Novel Tingkatan 4 (Leftenan Adnan Wira Bangsa)

1.    NOVEL TINGKATAN 4 ( LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA)







Aspek KOMSAS
Huraian
Tema
Semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.

Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang ke titisan darah terakhir semasa mempertahankan kubu di Bukit Candu.  Beliau sendiri telah ditangkap hidup-hidup oleh tentera Jepun, lalu diikat pada dahan pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet hingga hancur tubuhnya.
Persoalan
  1. Kepentingan ilmu.
Pak Saidi mendidik anaak-anaknya tentang ilmu pengetahuan dunia dan akhirat kerana dia sedar hanya dengan ilmu dapat membentuk anak bangsa yang berguna walaupun menerima tentangan daripada orang kampung tidak setuju dengan Adnan yang dihantar ke  sekolah Inggeris.

  1. Patuh kepada arahan ketua.
Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang walaupun bilangan anggotanyanya kecil.

  1. Perpaduan kaum.
Walaupun berbangsa Cina, hubungan Ah Chong yang mem,iliki kedai basikal dengan penduduk pekan Sungaai Ramal sangat erat.

Binaan Plot
Permulaan
Hasrat Pak Saidi menghantar Adnan bersekolah di sekolah Inggeris menjadi isu hangat di Kampung Sungai Ramal.
 Ramai orang kampung seperti Lebai Pian terang-terangan menentang keputusan itu kerana khuatir Adnan akan mempengaruhi anak-anak muda di kampung itu menjadi murtad.
Namun, Pak Saidi yang merupakan cucu kepada Datuk Siamang Gagap tetap teguh dengan pendiriannya menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan dimulakan oleh Adnan sebagai anak sulung.

Perkembangan
Adnan disenangi oleh guru dan rakan-rakanya di sekolah.  Dia sering mendapat tempat pertama dan menjadi johan pertandingan syarahan bahasa Inggeris anjuran sekolahnya.  Tamat persekolahan, Adnan ditawarkan menjadi guru pelatih walaupun cita-citanya menjadi askar berpangkat tinggi
Setelah tamat latihan selama setahun di Kem Latihan Haig Lines, Adnan telah ditugaskan ke Singapura dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan Adnan. Sarjan Adnan telah dipilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Selepas pulang dari London, Sarjan Adnan mendapat perhatian pegawai atasan British lalu terpilih menjalani latihan kepegawaian di Singapura.  Setelah tamat latihan, beliau dinakkan pangkat sebagai Leftenan Muda Adnan dan dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni C.
Pak Saidi telah menjodohkan Adnan dengan Sophia anak Pakih Muda sahabat Pak Saidi.  Setelah mempunyai dua orang anak, Mokhtar dan Zainuddin, Leftenan Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Pangkalan Tentera Pasir Panjang, Singapura.
Pasukan Rejimen Askar Melayu diminta bersiap sedia menghadapi serangan musuh kerana bahang peperangan Dunia ke-2 mula terasa.  Leftenan Adnan telah menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke Kampung Sungai Ramal untuk keselamatan mereka. Tentera Jepun terus menyerang kubu pertahanan Askar Melayu di bukit Candu dengan mortar dan meriam.  Pertahanan Askar Melayu semakin meruncing kerana terus diasak.  Leftenan Adnan bersama dengan anggotanya terus menentang tentera Jepun yang semakin mengganas membuat serangan.  Walaupun mengetahui peluang mereka untuk menang kian tipis, namun Leftenan Adnan tetap meniupkan semangat perjuangan hingga ke titisan darah terakhir kepada anggota pasukannya. Setelah beberapa jam bertempur, pasukan Askar Melayu kehabisan peluru dan anggota tenteranya semakin sedikit berbanding tentera Jepun. Semakin ramai Askar Melayu yang terkorban seperti Prebet Nasir dan Sarjan Hassan. Semasa tentera sudah memasuki kubu pertahanan, Leftenan menikam satu persatu tentera Jepun dengan bayonetnya.  Tiba-tiba Leftenan Adnan bagaikan terasa ntikaman menusuk ke tepi perut dan bahagian belakangnya, walaupun kesakitan beliau terus mengumpulkan segala kekuatannya yang masih ada menerpa ke arah tentera Jepun. 

Puncak / klimaks
Tentera Jepun menyerbu masuk ke dalam kubu pertahanan dan menangkap Leftenan Adnan hidup-hidup. Pertempuran berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Tentera Jepun. Semua anggota pasukan Askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob yang berpura-pura mati di sisi rakannya yang terkorban.  Tentera Jepun memeriksa mayat yang bergelimpangan dan menikam satu demi satu mayat yang sudah terbujur kaku itu. Tubuh Leftenan Adnan diheret ke hadapan Leftenan Renya Mutugachi lalu ditumbuk dan ditendang hingga pengsan.  Kemudian beliau diikat kejam pada dahan pokok ceri dan dengan kemarahan yang teramat sangat, Leftenan Renya menghayun bayonet sekuat hati merodok perut Leftenan Adnan hingga membaw kematiannya wira bangsa itu.  Lalu seorang demi seorang tentera Jepun menikam tubuh pejuang Melayu itu hingga tubuhnya berkecai.
Kekalahan Askar Melayu di bukit Candu menjadikan British di ambang kekalahan.  Setelah berjaya menakluki Tanah Melayu, Jeneral Yamashita tidak dapat melupakan peristiwa pertempuran di bukit Candu yang menyebabkan adiknya sendiri terkorban ditikam oleh Leftenan Adnan.Jeneral Yamashita telah mengarahkan Leftenan Renya mencari dan memburu keluarga Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.  Pak Saidi telah ditangkap tetapi dia berjaya membunuh beberapa tentera Jepun dengan keris pusakanya sebelum dia ditembak mati.  Penduduk kampung hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun.  Anak Sopjia sendiri, Fatimah yang berusia tujuh bulan meninggal dunia kerana demam panas.

Peleraian
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal yang telah dibuka selepas kekalahan pihak Jepun dan British memerintah semula di Tanah Melayu.
Ustaz Ridwan melamar Sophia menjadi isterinya dan mereka berpindah ke Melaka.  Sophia disahkan menghidap leukimia dan meninggal dunia selepas empat tahun pemergian suaminya Leftenan Adnan.









Watak dan perwatakan
Watak utama : Leftenan Adnan bin Saidi
Perwatakan :
i) Seorang yang bercita-cita tinggi

ii) Cinta akan tanah air



Sejak kecik, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi.  Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.

Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak isterinya kerana dia sedar tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu.

Watak Sampingan : Pak Saidi
Perwatakan :
i)Seorang yang tegas



i)     Seorang yang berpandangan jauh




Penentangan orang kampung seperti Lebai Pian yang tidak bersetuju Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris tidak mengubah pendiriannya.

Walaupun Pak Saidi tidak berpelajaran, namun dia berpandangan jauh dan mempunyai wawasan dalam mendidik anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah Inggeris.


Nilai
1.Bertanggungjawab



2.Ketegasan




3.Ketaatan
Adnan bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri dan anak-anaknya dengan menghantar mereka pulang ke kampung setelah berita serangan oleh tentera Jepun.

Leftenan Adnan dengan tegas mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu dalam masa 24 jam kerana tentera Jepun akan menyerang bila-bila masa.

Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang walaupun bilangan anggota pasukannya kecil.

Pengajaran
1.Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

2.Kita hendaklah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat.

3.Kita mestilah patuh arahan daripada pihak atasan.
i)              Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang musuh.

ii)             Pak Saidi tetap dengan pendiriannya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya walaupun ditentang oelh penduduk kampung.
iii)            Sebagai seorang askar, Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan untuk mempertahankan pangkalan tentera di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.

  1. Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.

  1. Masyarakat tentera yang sanggup berkorban mempertahankan negara.


Leftenan Adnan cinta akan air dengan berani mempertahankan negara daripada serangan tentera Jepun walaupun anggota pasukannya di Bukit Candu kecil bilangannya.

Pak Saidi mampu membunuh beberapa askar Jepun sebelum mati ditembak hanya dengan menggunakan keris pusakanya.


Leftenan Adnan sanggup berkorban mempertahankan negara tanpa menyerah kalah hingga titisan darah terakhir menggunakan bayonet setelah semua peluru habis ketika serangan hebat tentera Jepun di Bukit Candu, Singapura.
Latar  Masa
  1. Waktu pagi




  1. Waktu petang



  1. Waktu Malam

Setiap pagi Pak Sagi mengayuh basikal untuk menghantar Adnan ke sekolah. Adnan bersekolah di sekolah Inggeris di Sungai Ramal. Setiap pagi juga Pak Saidi pergi menoreh getah selepas menghantar Adnan ke sekolah.

Pak Sagi dan kaum lelaki seperti Nordin dan kawan-kawannya di kampung Sg Ramal berkumpul di warung kopi Pak Samad yang terletak di persimpangan kampung pada waktu petang.

Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu
Latar Tempat
  1. Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan.

  1. Kampung Sungai Ramal.


  1. Rumah Tok Ketua.
Adnan dan Mamat telah pergi ke kem Latihan Haig Lines di Port Dickson untuk pemilihan sebagai Askar Melayu.  Di kem ini, Adnan dan Mamat menjalani latihan ketenteraan.


Pak Saidi dan Mak Milah tinggal di Kampung Sungai Ramal bersama-sama tiga orang anaknya Adnan, Ahmad dan Amarullah.

Beberapa orang tentera British telah datang menemui Tok Ketua di rumahnya untuk memaklumkan tentang penubuhan Askar Melayu serta mencari anak-anak muda kampung yang berminat untuk menjadi askar.


17 comments:

  1. hAHahhhaaahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Tq sangat membantu untuk saya ...

    ReplyDelete

Nota Novel Tingkatan 5 (Tirani)

1.     NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...