Monday, March 19, 2018

Nota Novel Tingkatan 5 (Tirani)


1.    NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI)









Aspek KOMSAS
Huraian
Tema
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan mani dalam alam rumah tangganya bersama-sama Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumahtangganya.
Persoalan
1.     Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya.
Raidah amat sayang akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.
2.     Keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan
Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemilikny, Abdul Azizi imran.
3.     Kesabaran menghadapi tuduhan yang tidak benar.
Waheeda sabar menangani kata-kata fitnah dan tuduhan tidak berasas daripada suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda terhadap para pelanggan yang menginap di chalet mereka.
Binaan Plot
Permulaan
Waheeda teringat peristiwa dia berlari dengan Nasuha setelah diejek oleh kawan-kawan sekolah yang nakal. Mereka mengejek-ejek Waheeda yang berhidung pesek.
Keinginan Waheeda untuk mengubah wajahnya tidak pernah padam walaupun hasratnya ditentang oleh ayahnya Fadhil dan ibunya Raidah.
Rezeki mereka di Tajau Emas semakin melimpah setelah waheeda membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak.
Perkembangan
Pipi dan hidung Waheeda tercedera apabila diserang oleh seekor monyet putih menyebabkan dia terpaksa dirawat.
Kesempatan ini digunakan oleh Waheeda untuk membuat pembedahan akibat kecederaannya di samping mengubah klopak matanya yang kuyu dan bentuk hidungnya yang pesek.
Waheeda membuat temujanji denga  Dr. Alma Chen di SMC untuk menetapkan tarikh pembedahan. Seleps menjalani pembedahan selama 12 jam, wajah Waheeda telah berubah dengan kelopak mata yang cantik berlapis dan hidung yang mancung.
Waheeda mendapat tawaran bekerja di Falmingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kalinya dengan Zahid di Flamingo.
Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya. Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching untuk majlis pertunangannya dengan Zahid. Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan meriah dan penuh adat. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

Puncak / klimaks
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.

Peleraian
Ghazi dan raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), KL. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafan atas kesilapan masa silam. Zahid menanis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, Ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.
Watak dan perwatakan
Watak utama : Waheeda Nurlyana
Perwatakan :
i)    Seorang yang bertanggungjawab


ii)   Seorang yang tabah



Walaupun tugasnya bertambah berat setelah mendapat gelaran Ratu Pelancongan Antarabangsa, namun Waheeda tetap menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Waheeda tetap tabah menghadapi dugaan diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Zahid walaupun baru sahaja melahirkan anaknya.
Watak Sampingan: Zahid
Perwatakan :
i)     Seorang yang cemburu

ii)    Seorang yang berdikari



Zahid cemburu melihat kemesraan Dr. Rushdi dengan Waheeda semasa dia mencari Waheeda di SMC.

Datuk Yasser amat bersyukur apabila Zahid akhirnya kembali ke tanah air setelah lama berdikari di luar negara selepas mendapat sarjana di Amerika Syarikat.

Latar
Latar Tempat
1.     Silicon Medical Center (SMC) di Singapura – tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
2.     Chalet Tajau Emas – tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.
3.     Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands – tempat Lais membawa Waheeda dan Ghazi melihat secara lebih dekat lokasi dan premis Iwana-Iwani sebelum mereka bersetuju untuk membeli chalet tersebut.


Latar Masyarakat
1.     Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Rainah berusaha dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.
2.     Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan pelancong.
3.     Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan negara. Contohnya, Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan para pelancong sebagai sumber pendapatan mereka.


Latar Masa
1.     Waktu Siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.
2.     Waktu pagi. Contohnys, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan “coconut” dengan dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada waktu pagi.
3.     Waktu malam. Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.

Nilai
1.     Kasih sayang
2.     Keberanian
3.     Kesabaran
1.     Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka, Ghazi dan Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan muka dan hidung Waheeda.
2.     Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemilikny, Abdul Azizi imran.
3.     Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Pengajaran
1.     Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk memperert hubungan antara ahli keluarga.
2.     Kita hendaklah berani membuat keputusan demi kesenangan masa depan.
3.     Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
1.     Raidah amat sayang akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu di SMC.
2.     Waheeda berani membeli chalet Iwana-Iwani kepunyaan Pak Cik Abdul Azizi Imran yang terletak di Cameron Highlands setelah melihat lokasi, potensi dan kemudahan yang terdapat di Chalet itu dengan sanggup membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan.
3.     Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.


















1 comment:

Nota Novel Tingkatan 5 (Tirani)

1.     NOVEL TINGKATAN 5 (TIRANI) Aspek KOMSAS Huraian Tema Kegigihan seorang wanita dalam menempuh p...