Assalamaulaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dalam entry kali ini,In Shaa Allah saya akan memberi pencerahan kepada kekeliruan dan pertanyaan para pembaca mengenai KISAS
1.Apakah Bumi Waqafan?
Jawapan:Bumi Waqafan merupakan gelaran KISAS.Gelaran 'Bumi Waqafan' diambil kerana sebahagian daripada bangunan KISAS diwaqafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ,para pembaca boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai sejarah penubuhan KISAS dalam entry saya https://al-kisasi.blogspot.my/2018/03/
2.Tingkatan berapa yang boleh mendaftar di KISAS?
Jawapan:KISAS mengambil pelajar tinkatan 4,5 dan 6 dengan syarat-syarat dan kelayakan tertentu.KISAS merupakan satu-satunya SBP yang hanya mengambil pelajar bermula dari tingkatan 4.
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Buat masa ini,soalan ini sahaja yang bermain di fikiran saya,kerana soalan-soalan ini kerap kali diajukan.Sekiranya para pembaca mempunyai kemusykilan atau pertanyaan yang ingin ditanyakan kepada saya,para pembaca boleh mengajukannya di ruang komen.
p/s:Saya akan menghadapi Ujian Mac tidak lama lagi,saya berharap para pembaca dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk generasi 64,syukran.
No comments:
Post a Comment